NOTIS PENGISYTIHARAN PILIHAN RAYA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK KOTA KINABALU
Calon Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dikehendaki bagi tahun 2013. Oleh itu, semua pelajar adalah dialu-alukan untuk menawarkan diri sebagai calon Pilihanraya Kampus.
Pemilihan Jawatankuasa in adalah untuk mewakili :
Kerusi Umum - 7 Kerusi
Kerusi Exco - 16 Kerusi
Borang-borang penamaan calon boleh diperolehi di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP)
(Tempoh penyerahan borang pencalonan adalah selama 1 minggu - Tarikh tutup 03 JANUARI 2012 - KHAMIS )
Borang hendaklah dihantar semula ke Jabatan HEP sebelum jam 3.00 petang
(CALON UMUM)
Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh setiap calon yang ingin bertanding dalam Pilihanraya Kampus adalah seperti berikut:-
1. Hanya pelajar yang berdaftar sepenuh masa sahaja boleh dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
2.Calon menyediakan seorang pencadang dan seorang penyokong yang terdiri daripada pelajar tidak dicalonkan untuk pertandingan ini.
3.Setiap calon dikehendaki membayar deposit sebanyak RM 10.00 sahaja.
Pencalonan adalah terbuka kepada semua pelajar DENGAN SYARAT :-
3.1 Bukan pelajar semester 1 , bukan pelajar Integrasi (Semester 5) dan hendaklah pelajar yang mempunyai tempoh pengajian 2 semester atau lebih tidak termasuk latihan industri di politeknik
3.2 HPNM melebihi atau sama dengan 3.00
3.3 Bukan pelajar Kursus Sambilan
3.4 Bukan pelajar yang mengulang semester
3.5 Bukan pelajar yang sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib
3.6 Bukan pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib
3.7 Berpengalaman dalam kepimpinan dan pernah memberi sumbangan kepada politeknik adalah digalakkan menjadi calon.
3.8 Pengecualian di atas terbatal dengan kebenaran Ketua Eksekutif kecuali Perkara 3.1 dan 3.2.
(CALON EXCO)
Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh setiap calon yang ingin bertanding dalam Pilihanraya Kampus adalah seperti berikut:-
1.Hanya pelajar yang berdaftar sepenuh masa sahaja boleh dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.
2.Calon menyediakan seorang pencadang dan seorang penyokong yang terdiri daripada pelajar tidak dicalonkan untuk pertandingan ini.
3.Setiap calon dikehendaki membayar deposit sebanyak RM 10.00 sahaja.
Pencalonan adalah terbuka kepada semua pelajar DENGAN SYARAT :-
3.1 Bukan pelajar semester 1 dan pelajar Integrasi semester 5
3.2 HPNM melebihi atau sama dengan 2.75