Articles

Masalah Asrama Selesai

Putrajaya: Masalah kediaman dalam kampus yang terhad untuk pelajar politeknik dijangka selesai dua setengah tahun lagi apabila pembinaan kolej kediaman di tujuh kampus disiapkan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kini hanya 30 peratus pelajar politeknik seluruh negara menetap di kampus.

 

Kementerian akan meningkatkan usaha ini dan mahu kapasiti pelajar tinggal di kampus ditambah melalui pembinaan kolej kediaman untuk mereka, katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani konsesi cadangan pembangunan asrama pelajar tujuh politeknik di Semenanjung melalui inisiatif pembiayaan swasta (PFI).


Perjanjian ditandatangani Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Ab Rahim Md Noor, manakala Pengerusi Syarikat Konsortium PAE Sepakat Sdn Bhd, Abu Bakar Ismail mewakili pelaksana projek.

Pembangunan asrama di tujuh politeknik itu membabitkan kos RM288 juta bagi menempatkan 10,000 pelajar.

 

Sumber: Berita Harian (26/3/2013)