Sukacita dimaklumkan bahawa, YBhg. Datuk Seri Dr. Ali Hamsa telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuat kuasa pada 24 Jun 2012.
LATARBELAKANG:

YBhg. Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat. Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Januari 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.
Sumber : Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat
MAMPU, Jabatan Perdana Menteri
20 Jun 2012