Skim Kemahiran Kerjaya 1 Malaysia (SKK1M) adalah satu program yang memberi peluang kepada graduan politeknik yang belum mendapat kerja bekerja dalam bidang swasta. Graduan akan menjalani latihan selama 2 bulan di syarikat terbabit dan selepas itu terus diserap bekerja di syarikat yang sama. Semasa tempoh latihan, graduan akan dibiayai oleh pihak KPT di mana graduan akan menerima elaun bulanan sebanyak RM500.
Temuduga akan dijalankan oleh syarikat pada :
Tarikh : 1 Oktober 2012 (Isnin)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Core A, Bangunan Pentadbiran Politeknik Kota Kinabalu (Rujuk papan notis UPLI dan UPK)
Keperluan : Sila bawa Resume dan keperluan untuk temuduga
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan program boleh berhubung dengan Puan Noraina (CISEC) & En Cosward (UPLI) dan temuduga dengan Pn.Mariani (UPK) dan Pn Anna Anye (UPK)